Saturday 26 February 2011

Sejarah Masjid Al-Halimi


Sejarah Masjid Al-Halimi
Masjid  ini didirikan pada tahun 1988 disiapkan pada tarikh 12.1.1988 dan dirasmikan kan oleh ketua Jabatan  Agama Islam Negeri kedah.masjid ini menelanbelanja hampir RM100 ribu dengan dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur yang moden,seluruh warga penduduk di kampung charok kudong serta kawasan sekitarnya.masjid ini mampu memuatkan hampir 200 orang jemaah pada satu-satu masa.sejarah pembinaan masjid ini besarkan kajian yang telah saya lakukan daripada salah seorang penduduk kampung berkenaan yang dikenali sebagai haji Awang Bin Musa ,beliau merupakan orang  kaya serta ketua kampung charok kudong,beliau juga telah mewakaf kan sebidang tanah untuk didirikan masjid, beliau juga membantu dari segi kewangan dan mengajak penduduk kampung supaya bersama-sama membanting tulang untuk mendirikan masjid.selain itu,semua penduduk kampung bergotong-royong membersih kawasan sekitar masjid,tempoh masa bagi mendirikan masjid ini memakan masa 8 bulan untuk menyiapkan segala kemudahan .kelewatn ini daripada tarikh dijanka siap disebab kan oleh buruh binaan yang tidak mencukupi.walaubagaimanapun,masjid ini tetap dapat disiapkan walaupun lewat dari tarikh yang ditetap kan.pemilihan imam,pembantu imam, dan  bilal masjid ini yang dijalankan oleh Pihak Jabatan Agama Islam Kedah,hasil daripada temuduga yang dijalankan .haji Saad Bin Darus dipilih menjadi imam dimasjid Al-Halimi telah dipersetujui oleh semua penduduk kampung,pembantu imam pula ialah haji Ali Bin Hassan dan Bilal pula oleh Talib Bin Hamid.pemberian tugas ini untuk melancarkan  aktiviti masjid pada setiap masa,bagi mengimarah kan masjid pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak masjid bagi anak-anak penduduk disekitar  masjid antara aktiviti yang dijalankan adalah kelas fardhu ain dan kelas tuisyen secara percuma.Selain itu, pada setiap malam jumaat aktiviti bacaan yasin serta ceramah agama diadakan di masjid ini.

No comments:

Post a Comment