Saturday 26 February 2011

KURSUS PERKAHWINAN


Dimasjid ini juga turut diadakan kursus perkahwinan secara percuma kepada anak-anak khoriah kawasan kampung charok kudong,kursus perkahwinan ini diadakan untuk memberi kemudahan kepada pemuda-pemuda dan anak gadis kampung ini menghairi kursus kahwin sebelum menempuh alam rumah tangga yang akan mereka bina pada masa terdekat atau pada masa akan datang, dengan adanya kemudahan kursus kahwin di masjid ini, mereka tidak perlu pergi ke Bandar untuk menghadiri kursus kahwin  yang mengenakan harga yang tinggi untuk kursus ini. Di masjid ini mereka dapat mengikuti kursus kahwin secara percuma,dengan ada nya kursus kahwin ini kita dapat meningkatkan jumlah perkahwinan dalam masyarakat kita ini kerana perkahwinan merupakan sunah rusulullah.Selain itu perkahwinan dapat mencegah maksiat dan gejala yang tidak sihat dalam masyarakat islam contonya pergaulan bebas yang melibat kan lelaki dan perempuan yang berleluasa sehingga menjadi satu perkara biasa di mata masyrakat kita ini,kita telah sering mendengar kes-kes pembuagan bayi yang semakin meningkat,jadi kursus perkahwinan ini memberi banyak kebaikan dan dapat membantu meringgan kan beban bagi pasangan yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.
Seperti yang kita ketahui masjid mempunyai berbagai peranan dan fungsinya tersendiri. Ini menyebabkan masjid adalah satu tempat yang sesuai untu aktiviti yang berunsur ibadah dan dakwah dijalankan. Salah satu peranan masjid ialah masjid menjadi tempat pasangan pengantin diijab Kabulkan.
Akad nikah (dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah. Bagi semua anak-anak khariah kampung ini,akad nikah akan diadakan di masjid ini dan akan di nikah kan oleh imam masjid al-halimi ,kerana imam masjid ini telah mendapat pengitirafan daripada Jabatan Agama islam negeri sebagai juru nikah yang sah, semua ahli keluarga akan datang ke masjid untuk menyaksikan majlis akad nikah yang dijalankan di masjid ini,sememangnya masjid ini memberi kemudahan kepada penduduk kampung, di masjid ini juga, jika ada pasangan yang berkahwin, akad nikah akan dilaksanakan dengan cukup sempurna kepada penduduk kampug ini.

upacara akad nikah

No comments:

Post a Comment