Saturday 26 February 2011

masalah dan penyelesaian


Masalah Masjid Al-Halimi

Masalah berlaku di mana mana sahaja. Itulah yang berlaku di masjid ini. Banyak kes-kes yang tidak dijangka berlaku. Disebabkan Masjid al-halimi yang terletak di tengah-tengah  kampung, kecurian dan kehilangan barang sering berlaku tidak kira masa. Menurut Imam Hj.Saad bin Darus, kecurian tabung derma masjid dan kehilangan barang elektrik seperti kipas dan lampu juga berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku kesulitan banyak pihak dan membuatkan penduduk kampung bimbang akan keselamatan mereka. Oleh itu, ahli jawatankuasa telah mengunci semua pintu masjid selepas setiap kali solat jemaah pada waktu isyak bagi mengelakkan kecurian dan kehilangan barang berlaku.
 Selain itu, terdapat juga orang-orang yang kurang siuman tidur di tepi-tepi masjid. Menurut, Imam Hj. Saad bin Darus, tiada sebarang tindakan yang diambil selagi tiada aduan daripada para jemaah memandangkan mereka tidak mengganggu para jemaah dan masalah yang kekurangan jemaah yang hadir ke masjid.

Penyelesaian
Masalah kekurangan jemaah ini dapat ditangani dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan ,untuk merapatkan mereka dengan   mereka institusi majid ini,selain itu mengundang para pendakwah untuk hadir ke masjid,golongan pendakwah ini dapat membantu mengajak para penduduk untuk hadir ke masjid dengan berkunjung ke setiap buah rumah di kawasan khoriah ini ,selain itu, mereka dapat memberi kan nasihat yang berguna kepada para penduduk,dengan adanya aktiviti seperti ini jumlah jemaah yang datang ke masjid akan bertambah dari masa ke semasa.Jika jumlah jemaah bertambah, ini dapat membantu mengimarahkan masjid ini,infrastruktur perlu dinaik taraf untuk keselesaan para jemaah, serta dapat menarik lebih ramai jemaah untuk hadir ke masjid.

No comments:

Post a Comment