Saturday 26 February 2011

Kegiatan di Masjid Al-Halimi


Kegiatan di Masjid Al-Halimi


CERAMAH AGAMA


Pada setiap hujung minggu ceramah agama akan diadakan di masjid ini dengan menjemput penceramah –penceramah dari luar untuk member ceramah kepada khoriah kawasan di  kampung charok kudong,aktiviti ceramah agama yang dijalan kan dapat memberikan pengetahuan terkini dan berguna kepada penduduk kampung. Ceramah agama ini mendapat sambutan yang menggalakkan ,setiap hujung minggu apabila ceramah dijalankan masjid sentiasa akan di penuhi oleh penduduk-penduduk kampung ini yang datang untuk mendengar ceramah dan untuk memperoleh informasi terkini tentang dunia islam, dengan menjemput penceramah dari luar dapat memberi lebih banyak ilmu tentang islam kerana kerana penceramah yang dijemput mempuyai kepakaran yang mendalam tentanng islam.Antaranya adalah dalam bidang fekah,tauhid dan usuludin, mereka dapat berkongsi pengalaman pegetahuan tentang bidang yang telah mereka ceburi,mereka yang menghadiri ceramah ini sudah pasti akan memperoleh pelbagai manfaat dan teladan dari ceramah yang telah disampaikn oleh penceramah yang berpengalaman.Golongan muda juga telah menunjukkan minat untuk menghadiri ceramah agama yang selalunya dihadiri oleh golongan tua,ini merupakan petanda yang sangat baik.

No comments:

Post a Comment