Saturday 26 February 2011

pusat kegiatan ilmu

PUSAT KEGIATAN ILMU


Masjid ini dijadikan tempat untuk menuntut ilmu,pada setiap waktu petang masjid ini dijadikan sebagai kelas fardhu ain untuk anak-anak khoriah kawasan kampung ini secara percuma,kelas fardhu ain ini diterima baik oleh para  ibubapa mereka menggalakkan anak-anak mereka menghadiri kelas fardhu ain ini pada setiap petang,hampir 50 orang anak-anak khoriah kampung ini menhadiri kelas  ini.Pada sebelah malam pula kelas-kelas tambahan untuk para pelajar sekolah rendah telah diadakan ,untuk membantu para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan dapat melanjut kan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru yang tinggal di kampung ini juga mereka dengan suka rela membantu anak-anak penduduk kampung dengan percuma ,serta berharapat  anak –anak penduduk kampung ini akan Berjaya di kemudian hari,supaya mereka dapat membantu mengubah nasib keluarga mereka untuk keluar dari keponpong kemiskinan yang mereka hadapi selama ini dan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kampung ini.


SOLAT JENAZAH  DAN SOLAT JUMAAT


Jika berlaku kematian yang melibatkan penduduk khoriah kawasan kampung charok kudong ini,solat jenazah akan dilakukan dimasjid ini kerana semua kelengkapan untuk menguruskan jenazah telah disediakan oleh pihak masjid untuk kemudahan penduduk kampung untuk mengurus kan jenazah,semua penduduk kampung akan berkumpul untuk menjalankan solat jenazah, Disamping itu penduduk akan membantu mengurus kan jenazah sehingga jenazah dikebumikan, ini melambanngkan sikap tolong-menolong dan bersatu-padu dalam sebuah komuniti islam, selepas solat jenazah disolatkan jenazah akan diusung oleh penduduk kampung ke tanah perkuburan yang berhampiran dengan masjid ini,pihak masjid telah menyediakan kelengkapan untuk menguruskan jenazah seperti tempat mandi dan alat untuk mengusung keranda  jenazah.Solat jumaat akan diadakan dimasjid ini pada setiap hari jumaat, masjid ini juga sentiasa dipenuhi oleh jemaah. Pda hari raya aidilfitri pula masjid ini tidak mampu menampunng jumlah jemaah yang datang sehingga terpaksa menunaikan solat di kawasan laman masjid yang telah dihamparkan dengan karpet untuk jemaah menunaikan solat hari raya.

No comments:

Post a Comment