Saturday, 26 February 2011

ASSIGNMENT CTU 151

TAJUK : MASJID AL-HALIMI

DISEDIAKAN UNTUK:CTU

USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN 
PENSYARAH CTU 151

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD KHAIRUL ASYRAF BIN JALIN@JALIL
NO MATRIKS :
2010260282
KUMPULAN :
ASD2Dn
PROGRAM : 
AS120
(Diploma Sains)




Isi kandungan;

1) Tajuk
2) Abstrak
3) Pendahuluan
4) Konsep:

             i.      Sejarah pembinaan Masjid Al -Halimi
            ii.      Kegiatan Masjid Al -Halimi
          iii.      Peranan Masjid Al -Halimi
           iv.      Masalah Yang Dihadapi Masjid Al -Halimi
            v.      Penyelesaian Yang Dilakukan

5) Penutup
6) Bibliografi

Abstrak


abstrak
Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.        

Pendahuluan



Pendahuluan

Assalamualaikum,,
Syukur kepada allah s.aw, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini  tepat pada masa yang di tetapkan,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini, tidak lupa kepada ustaz Abd Aziz bin Harjin,iaitu pensyarah saya yang banyak membantu dan rakan-rakan saya yang turut membantu serta memberikan sokongan kepada saya.walaupun banyak masalah di hadapi untuk menyiapkan kerja kursus ini,berkat usaha saya tanpa berputus asa. Akhirnya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Dengan membuat kajian ini saya dapat menambah pengetahuan tentang masjid di kampung saya dengan lebih terperinci.

Sejarah Masjid Al-Halimi


Sejarah Masjid Al-Halimi
Masjid  ini didirikan pada tahun 1988 disiapkan pada tarikh 12.1.1988 dan dirasmikan kan oleh ketua Jabatan  Agama Islam Negeri kedah.masjid ini menelanbelanja hampir RM100 ribu dengan dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur yang moden,seluruh warga penduduk di kampung charok kudong serta kawasan sekitarnya.masjid ini mampu memuatkan hampir 200 orang jemaah pada satu-satu masa.sejarah pembinaan masjid ini besarkan kajian yang telah saya lakukan daripada salah seorang penduduk kampung berkenaan yang dikenali sebagai haji Awang Bin Musa ,beliau merupakan orang  kaya serta ketua kampung charok kudong,beliau juga telah mewakaf kan sebidang tanah untuk didirikan masjid, beliau juga membantu dari segi kewangan dan mengajak penduduk kampung supaya bersama-sama membanting tulang untuk mendirikan masjid.selain itu,semua penduduk kampung bergotong-royong membersih kawasan sekitar masjid,tempoh masa bagi mendirikan masjid ini memakan masa 8 bulan untuk menyiapkan segala kemudahan .kelewatn ini daripada tarikh dijanka siap disebab kan oleh buruh binaan yang tidak mencukupi.walaubagaimanapun,masjid ini tetap dapat disiapkan walaupun lewat dari tarikh yang ditetap kan.pemilihan imam,pembantu imam, dan  bilal masjid ini yang dijalankan oleh Pihak Jabatan Agama Islam Kedah,hasil daripada temuduga yang dijalankan .haji Saad Bin Darus dipilih menjadi imam dimasjid Al-Halimi telah dipersetujui oleh semua penduduk kampung,pembantu imam pula ialah haji Ali Bin Hassan dan Bilal pula oleh Talib Bin Hamid.pemberian tugas ini untuk melancarkan  aktiviti masjid pada setiap masa,bagi mengimarah kan masjid pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak masjid bagi anak-anak penduduk disekitar  masjid antara aktiviti yang dijalankan adalah kelas fardhu ain dan kelas tuisyen secara percuma.Selain itu, pada setiap malam jumaat aktiviti bacaan yasin serta ceramah agama diadakan di masjid ini.


CARTA ORGANISASI MASJID AL-HALIMI

 1. Haji Saad bin Darus (IMAM)
 2. Haji Ali bin Hassan ( Pembantu IMAM)
 3.Talib b. Hamid ( Bilal)
Peranan masjid

MASJID adalah rumah Allah untuk beribadat kerana itu kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.
Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.
Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37) Dalam ayat berkenaan, tasbih atau zikir bukan hanya bererti mengucapkan subhanallah saja, melainkan lebih luas lagi, sesuai dengan makna yang dicakupi oleh perkataan berkenaan serta konteksnya. Sedangkan erti dan konteks berkenaan dapat disimpulkan sebagai takwa.